Tuesday, December 22, 2009

Study in overseas...

Sebelom aku pi oversea, ade jugak la suare2 sumbang tanye, kenape nak study luar, uni kiter takde yg bgs dah ker? Jawapan aku mudah je, kenape uni tempatan hantar lecturer ke luar negara untuk buat Phd, buat research, buat master etc?

Memang sampai sini, secara fizikalnya, tak banyak beza pon, lebih2 lg uni sini tua dah usianya. Masih lg pakai Blackboard.. Tp yg nampak bezanya ialah lebih byk praktikal, dan kita lebih independent dgn diri sendiri tanpa mengaharapkan org lain. Kalau kat uni temptan, ade kawan2 boleh same2 buat keje, kalo malas nak buat assgmt boleh je copy. Tapi di sini yg bgsnya, kita belajar dalam group international. Seboleh2 setiap individu akan tunjukan yg terbaik untuk tunjukkan bangsa mereka memang bangsa berjaya.

Macam tu lah aku kat sini. Aku lebih komited, komitmen pon makin tinggi. Mat salleh sini bijak mereka bukanlah dr segi teori, tp dr segi praktikal. Mereka boleh terangkan pada kita dengan experience mereka saja.

Yg tak bgsnya diorg nih, selalu buat keje last minit. Tp walaupon keje last minit, tetap lg keje mereka tersusun..

Selalu org bangsa kita salahkan Melayu sendiri, melayu malaslah, melayu mudah lupa lah, 'janji melayu' lah. Tp itu semua bukan sikap bangsa kita, itu sikap individu. Sini, mat salleh team group aku mane penahnye nak datang awal. Kalo dalam kelas, kebenyakan yg lambat mat salleh.

Kenapa kita sanjung tinggi mat salleh? kenape? aku taktau kenape org kita selalu sgt pandg tinggi ngan mat salleh. Bg aku takde ape beza pon mereka dengan kita. Selalu kadang2, kita bleh tgk dalam FB, friendster, org nak pakai istilah2 english macam chill, cheers, tp tau ke diorg maksud sebenar dan kegunaan benda alah tuh. Kalau guna ayat tu nak tunjuk kita up to date ke? ke ank tunjuk yg kita ni pandai speaking? Terus terang cakap, mat salleh yg kat uni pon grammar pon salah malah penah tanye kat aku macam mane nak eja bouyancy.. haha. kadang2 aku gelak gak tgk kat FB org pakai istilah2 mcm tuh..

Paling teruk org kita selalu je pakai fesyen2 mat salleh. Sini fesyennya memang la 'heaven'. salah satu sebab diorg ni cuace bermusim. Masalah kat Malaysia plak, cuace tgh hari terik pakai hoody, masuk dalam banggunan pakai spek mata hitam, paling aku gelak ade gak yg nak pakai winter scarf ala, yg lilit kat leher tuh.. hahaha.. mangsa fesyen btol la bdk2 zaman skang nih..

Sunday, December 20, 2009

Great Britain


Great sgt ke?

Salah satu tujuan aku nak ke luar negara ni sebab nak tgk dunia aku dari luar disamping menikmati dunia baru.. negara nih boleh la aku katakan menjaga kebajikan rakyat. Rakyat memang didahulukan betol2, service terhadap rakyat memang tip top.

Jalan die sini mane ade pecah2. diorg tak pakai pon Indon buat jalan, banggunan etc. semua mat salleh je buat. Sebab walaupon keje macam tuh, gaji diorg amat berbaloi ngan keje teruk dan sesuai dengan kualiti kerja diorg. Walaupon nilai mata wang sini tinggi dari Malaya, tp harga barang diorg tak lah mahal kalo banding ngan nilai wang malaysia dengan harga brg kat malaysia.

Ingat lg citer V for Vendetta? 'people should not be afraid of the goverment, goverment should be afraid of the people'.

teringat dulu masa ayah aku citer waktu die kecik barang2 sume murah, nasi lemak 5sen pon boleh dapat. Kalo kat Malaysia skang, 1 sen tu ttak de nilai, disini 1 sen tu bernilai lagik, penoh tabung aku dengan duit syiling 1 sen, hehehe

Disini mereka still lg bayar pakai duit syiling, so kalo bg duit besar dalam 20 pound or 50 pound tu 'bad day' untuk diorg hehehe.

Tp tak sume yg best dengan UK nih. Negara nih taklah sebersih mane, kotor. waktu malam, tandas akan tutup, thats why org2 yg mabuk akan kencing kat tembok2 mane yg diorg jumper. geli btol. Ade lg pengemis yg tidur n buang air besar tepi jalan. Di Liverpool nih, waktu autumn, angin kuat, so sampah berterbangan. Kotor, ye kotor. Puntung rokok bersepah2..

Org2 tua sini semua peramah2, tetapi berlainan dengan org2 muda sini. Aku penah dengar cerita bawaan mulut org sini, negara ini semakin hancur dr segi ketamadunan, kalau dulu org tua boleh tegur org muda tp sekarang mereka akan diherdik bila buat macam tuh. Kadar anak luar nikah di Britain makin meningkat. Memang fakta. ade je mane2 berita kat surat khabar, even kat yahoo news pasal anak luar nikah kat UK ni.

Sini kedai kebanyakannye tutup jam 5. so, waktu malam memang rase sunyi, tetapi heaven untuk pemabuk2. sebab itulah bila malam bar2 akan penoh sebab bar je yg bukak time2 malam. kalo berjalan malam memang bahaya lebih2 lg kebanyakan diorg kat sini taksuka dengan org asia, especially chinese. Mereka ni kalo tgk org asia, mula mengejek bahasa cine, bodh jugak sebenarnye diorg nih, kalo asia, yg diorg tau china je la. Penah sekali aku berbual ngan member, ade minah salleh nih tanye 'Are u speaking chinese'? hahaha..

Mungkin persekitaran aku duduk nih persekitaran universiti, so, ramai intelektual la konon, tp tak sebenarnye. Waktu siang diorg ni ok, waktu malam lah diorg akan tunjuk belang. biaselah, mabuk....

3 bulan di perantauan..


Assalamualaikum..
Setelah 8 bulan aku menyepi di blog nih, terdetik untuk aku updatekan blog, merakam segala pengisian dalam hidup perantauan dalam page nih..

Aku jejakkan kaki di bumi Britain ni tanggal 18hb sept 2009, sehari lg nak rayer.. Ramai yg bertanye kenape taknak raya dulu? aku diamkan sahaja....

Sedih dan berat betul hati ni nak tinggalkan mak, ayah dan keluarga di kampung. mak dan ayah dah lanjut usia, bertambah aku risau, tp aku kuatkan semangat, aku pergi untuk membalas jasa mereka, menjadi kebanggaan mereka. Aku tahan air mata dr jatuh, mata dah merah dah tu, hehehe...

Terima kaseh mak, ayah, keluarga, hisham, pie, cimi, kawan TPM ku, Anuar dan adiknya, kawan setiaku di UTMKL, haris, sepupuku Eja yg temankan aku sampai ke terminal (thanks bro!!), pak indok, mak indok terima kaseh semua, dan kawan2 yg wish kan untuk aku, takpe korang tak dapat anta, asalkan korang ingat kat aku itu dah cukup..

Aku pergi meninggalkan Malaysia jam 11.3o malam, melihat Malaysia dari atas, sayup2 lampu2 airport makin jauh dr penglihatan.. Sedih, airmata pon jatuh dan 13 jam penerbangan pon bermula.

Aku tak tidur sepanjang perjalanan, mungkin nervous,mungkin excited, rase mcm tak percaya yg aku tingglkan Malaysia. Huh....... letih. MAS, (Malaysian airline services) tak sangka serve arak malas nak citer byk pasal arak...

Aku sampai heathrow kul 5 pg waktu london, gelap lg waktu tuh.. tak byk beza ponheathrow ngan klia, klia lg best rasenyer. waktu tuh aku jumpe sorang wanita, Nina yg same akan naik connecting flight ke Manchester, via BA. ade jugak peneman, tak lah aku bosan menunggu lg 5 jam dalam airport tuh.

Kami berpisah sesampai di manchester, aku menunggu abg ipar aku. buat mase terdekat, aku celebrate raye ngan akak ku dan anak buah kat Leeds. Tp sesampai kat airport Manchester tuh, aku di sambut oleh seorg budak melayu, Abu namanya. Die tau maklumat semua berkenaan dengan aku. Aku rase mcm tak secure waktu tuh, kemudian datang pegawai MSD (Malaysian Student Department) memperkenalkan diri. Br aku tau MSD tu ape, hahaha..

Die terkejut tgk aku datang sorang2 sepatutnye ade pegawai mara akan tnggu di heathrow dan setlekan semua urusan aku di heathrow. Aku memang tak tahu menahu dengan bende tu semua, dan aku tak diberitahu oleh MARA Malaysia. Well, its our typical goverment.

Aku pon beraye lah di Leeds.. thanks Abu sanggup tunggu aku di airport.. Bye Malaysia, here I am GB