Sunday, December 20, 2009

3 bulan di perantauan..


Assalamualaikum..
Setelah 8 bulan aku menyepi di blog nih, terdetik untuk aku updatekan blog, merakam segala pengisian dalam hidup perantauan dalam page nih..

Aku jejakkan kaki di bumi Britain ni tanggal 18hb sept 2009, sehari lg nak rayer.. Ramai yg bertanye kenape taknak raya dulu? aku diamkan sahaja....

Sedih dan berat betul hati ni nak tinggalkan mak, ayah dan keluarga di kampung. mak dan ayah dah lanjut usia, bertambah aku risau, tp aku kuatkan semangat, aku pergi untuk membalas jasa mereka, menjadi kebanggaan mereka. Aku tahan air mata dr jatuh, mata dah merah dah tu, hehehe...

Terima kaseh mak, ayah, keluarga, hisham, pie, cimi, kawan TPM ku, Anuar dan adiknya, kawan setiaku di UTMKL, haris, sepupuku Eja yg temankan aku sampai ke terminal (thanks bro!!), pak indok, mak indok terima kaseh semua, dan kawan2 yg wish kan untuk aku, takpe korang tak dapat anta, asalkan korang ingat kat aku itu dah cukup..

Aku pergi meninggalkan Malaysia jam 11.3o malam, melihat Malaysia dari atas, sayup2 lampu2 airport makin jauh dr penglihatan.. Sedih, airmata pon jatuh dan 13 jam penerbangan pon bermula.

Aku tak tidur sepanjang perjalanan, mungkin nervous,mungkin excited, rase mcm tak percaya yg aku tingglkan Malaysia. Huh....... letih. MAS, (Malaysian airline services) tak sangka serve arak malas nak citer byk pasal arak...

Aku sampai heathrow kul 5 pg waktu london, gelap lg waktu tuh.. tak byk beza ponheathrow ngan klia, klia lg best rasenyer. waktu tuh aku jumpe sorang wanita, Nina yg same akan naik connecting flight ke Manchester, via BA. ade jugak peneman, tak lah aku bosan menunggu lg 5 jam dalam airport tuh.

Kami berpisah sesampai di manchester, aku menunggu abg ipar aku. buat mase terdekat, aku celebrate raye ngan akak ku dan anak buah kat Leeds. Tp sesampai kat airport Manchester tuh, aku di sambut oleh seorg budak melayu, Abu namanya. Die tau maklumat semua berkenaan dengan aku. Aku rase mcm tak secure waktu tuh, kemudian datang pegawai MSD (Malaysian Student Department) memperkenalkan diri. Br aku tau MSD tu ape, hahaha..

Die terkejut tgk aku datang sorang2 sepatutnye ade pegawai mara akan tnggu di heathrow dan setlekan semua urusan aku di heathrow. Aku memang tak tahu menahu dengan bende tu semua, dan aku tak diberitahu oleh MARA Malaysia. Well, its our typical goverment.

Aku pon beraye lah di Leeds.. thanks Abu sanggup tunggu aku di airport.. Bye Malaysia, here I am GB

2 comments:

Anonymous said...

permulaan yg baek...good luck bro!

Saufi said...

Thanks untuk semua. Berkat semua, dapat jugak ke luar negara.. Alhamdulillah